Logo Politeknik Nilai Logo Kamsis EasyPass

Kisah Di Sebalik Kamsis EasyPass

Satu Sistem, Tiga Manfaat: Pelajar, Warden & Ibu Bapa.

Selamat datang! Kami mereka sistem ini dengan satu matlamat mudah: untuk menggantikan proses permohonan keluar asrama yang manual, lambat, dan kurang telus di Politeknik Nilai. Kami percaya urusan asrama patut jadi mudah dan pantas.

Kenapa Kami Bina Sistem Ini?

Kami faham masalah ('pain points') yang dihadapi oleh semua orang. Sistem ini dibina untuk menyelesaikan isu-isu ini:

Bagaimana Kami Menyelesaikannya?

Kamsis EasyPass menjadikan keseluruhan proses ini lebih cekap dan telus. Pelajar mohon secara 'online' dan terus dapat notifikasi (E-mel/Telegram). Warden juga dapat 'alert' serta-merta, jadi kelulusan boleh dibuat dengan pantas. Paling penting, ibu bapa boleh menyemak status anak pada bila-bila masa.


Apa yang Ada Dalam Sistem Ini?

Untuk Pelajar
  • Log masuk menggunakan No. IC.
  • Borang permohonan 'online'.
  • Semakan status (Pending/Lulus/Ditolak).
  • Pass Digital & Kod QR peribadi.
  • Kawalan Notifikasi Profil (E-mel/Telegram).
Untuk Warden
  • Melihat & mengurus permohonan.
  • Fungsi Lulus Serentak (Bulk Approve).
  • Pengurusan Akaun Staf & Pelajar.
  • Dashboard Statistik & Graf.
  • Penjanaan Laporan (format CSV).
Untuk Ibu Bapa & Umum
  • Semakan status anak (guna No. IC).
  • Notifikasi E-mel Automatik.
  • Pengimbas Kod QR awam.
  • Pendaftaran akaun selamat (kod rahsia).

Kami Pandang Serius Soal Keselamatan

Data anda adalah keutamaan kami. Ini adalah langkah-langkah keselamatan yang telah kami implementasi:

Keselamatan Sistem
Sambungan Selamat (HTTPS)
Anda sentiasa dilindungi. Sistem ini menggunakan Sijil SSL yang sah untuk menyulitkan semua data.
  • Kawalan Akses Ketat: Kami tak benarkan pendaftaran awam. Hanya mereka yang ada "Kod Rahsia" (dari warden) boleh mendaftar.
Infrastruktur Pelayan Kami (Ionos)
  • Pelayan Dihoskan: Dihoskan di platform Ionos Web Hosting Plus dengan pangkalan data MySQL.
  • Perlindungan Domain: Menggunakan ciri "Domain Guard" untuk melindungi domain daripada pemindahan yang tidak sah.
  • Sandaran Harian: Infrastruktur Ionos menyediakan sandaran (backup) data secara harian untuk keselamatan tambahan.

Pencapaian & Pengiktirafan

Pingat Perak (Silver Medal)

Kamsis EasyPass telah dianugerahkan Pingat Perak (Kategori Tertiari) dalam acara:

International Information Management Online Showcase 2025 (iiMOS)

Anjuran Fakulti Sains Maklumat, UiTM Cawangan Kelantan
pada 1 November 2025.


Pasukan Pembangun

Projek ini dibangunkan oleh pelajar DBS5B untuk kursus DPS50213: Business Information Systems.

  • FAIZ ADIB BIN SIRAJUZZAMAN (23DBS23F1028)
  • MUHAMMAD AQIL ZAHWAN BIN AZIZ (23DBS23F1048)
  • RAZEIN BIN RAHIZI (23DBS23F1024)
  • MUHAMMAD AMSYAR BIN MOHD KAZRI (23DBS23F1018)
  • DANEISHVAR A/L SIVAKUMARAN (23DBS23F1012)

Di bawah seliaan: Puan Rosnani Binti Yahya.